Sunday, 18 September 2011

RUMAH RAKIT JEJAWI (JEJAWI RAFT HOUSE)

Rumah Rakit Jejawi dilancarkan pada Jumaat 16 September 2011. Lokasi di atas Peta Google ialah 2.864778,103.425877.

Jejawi Raft House launched on Friday, September 16, 2011. Location on Google Maps is 2.864778,103.425877.


Rumah Rakit Jejawi setakat ini terdiri dari dua rakit yang berukuran 4m x 3m setiap satu. Setiap rakit mempunyai sebuah bilik berukuran 2m x 2m. Tandas dan bilik mandi disediakan berasingan di atas tebing sungai.

Jejawi Raft House so far consisted of two rafts measuring 4m x 3m each. Each raft has a room measuring 2m x 2m. Toilets and bathrooms are available separately on the river bank.



Secara asasnya dengan harga RM60, anda boleh menginap untuk satu malam bagi satu rakit (maksima 3 orang, berkongsi RM20seorang). Anda akan dibekalkan dengan beberapa batang joran pancing udang berserta umpan (untuk memancing udang galah dari atas rakit atau di kolam berhampiran). Dua biji tilam dan bantal. Selainnya anda perlu bawa sendiri seperti tuala, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi dan sepertinya.

Jika anda inginkan sarapan, makan tengahari , makan malam atau salah satu daripadanya, ia boleh disediakan dengan bayaran tertentu. Begitu juga dengan pakej-pakej lain seperti sesi memancing menggunakan bot, lawatan Sungai Rompin, melihat kunang-kunang, meredah hutan Endau Rompin dan sebagainya.

Basically at RM60, you can stay for one night for a raft (a maximum of 3 persons, shared RM20 per person). You will be supplied with a few sticks of shrimp fishing rod with bait (for fishing lobster from the rafts or in the pool nearby). Two pieces of mattresses and pillows. You need to bring yourself such as towels, soap, toothbrush, toothpaste etc.


 If you want breakfast, lunch, dinner or one of them, it can be provided for a fee. Similarly, other packages such as fishing session by boat, visit the Sungai Rompin, see the fireflies, Endau Rompin jungle trekking and so on.



Anda pasti teruja untuk merasai sentapan dan ragutan si udang galah. Damaikan percutian anda di atas Rumah Rakit Jejawi. Untuk keterangan lanjut sila hubungi AWI +60199734457 atau LAN +60139569627.


You can look forward to feel the snap and the grazing of the lobster. Reconcile your holiday on Jejawi Raft House. For more information please contact AWI +60199734457 or LAN  +60139569627.

SOALAN LAZIM / FAQ

1. Bagaimana dengan sumber elektrik dan air paip?
What about the source of electricity and tap water?
Rumah rakit dibekalkan dengan sebuah lampu bercahaya putih bersumberkan bateri kereta yang dicas oleh sel matahari. Ia boleh bertahan dari 7 malam hingga 7 pagi. Tiada soket kuasa elektrik untuk mengecas telefon bimbit atau mengecas bateri komputer riba. Air paip boleh dibekalkan sebanyak 10 liter di dalam tong air atas permintaan.
The Raft houses is supplied with a bright light lamp powered by a car battery which is charged by a solar cell. It can last from 7 pm to 7 am. No electrical power socket for charging mobile phones or laptop computer battery charging. Tap water can be supplied by 10 liters in a barrel if requested.

2. Bagaimana dengan tempat letak kereta?
What about the car parking?
Sebanyak maksima 3 buah kereta boleh di tempatkan berhampiran dengan rumah rakit. Selebihnya perlu diletakkan di satu kawasan lapang 50 meter dari rumah rakit.
A maximum of 3 cars can be parked close to the raft. The rest should be placed in a field 50 meters away from the raft houses.

3. Bagaimana dengan keselamatan secara umum?
Generally how is the safety over there?
Rumah rakit ini amat selamat untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.Jeket keselamatan disediakan sebanyak 3 buah untuk setiap rakit Kanak-kanak yang lebih kecil perlu diberi perhatian kerana pagar di sekeliling rakit tidak begitu sesuai untuk mereka.
The raft houses are safe for adults and children aged 6 years and above.Smaller kids should be given attention as the fence around the raft is not really suitable for them. Three life jackets are supplied on each raft.

4. Bagaimana pula dengan keselamatan dari pencerobohan yang tidak diingini?
What about security from the unwanted intrusion?
Pihak pemilik rakit akan membuat kawalan terutamanya di waktu malam. Barang-barang persendirian boleh ditinggalkan di dalam bilik dan dikunci dengan mangga (bawa sendiri)
The raft owners will do the controls, especially at night. Personal items can be left in the room and locked with padlock (you have to bring it yourself)

5. Boleh memasak tak? Adakah dapur disediakan?
Can I cook on the raft? Is a kitchen available?
Boleh. Dapur akan dibekalkan atas permintaan.
You can cook on the raft. The kitchen will be supplied on request.

6. Apakah saiz bot memancing dan berapakah sewaannya?
How big is the fishing boat and how much is the rental?
Bot yang  disediakan itu selesa untuk 6 orang dewasa termasuk pemandu. Harga sewa boleh dirundingkan mengikut jumlah jam yang anda guna.
The fishing boat is comfortable for 6 adults including the boat`s driver.  Rental prices for a boat and it`s engine is negotiable depending on how long you want to use it.



No comments:

Post a Comment